NEW YORK 9 Ogos - Pekerja hotel yang menuduh ahli politik Perancis Dominique Strauss-Kahn cuba merogolnya, memfailkan saman sivil terhadap bekas Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) itu semalam di New York, mendakwa 'diperlakukan dengan sadis' dan menuntut bayaran ganti rugi.
Saman itu difailkan ketika pendakwa raya berbincang tentang sama ada untuk menggugurkan dakwaan serangan seksual ke atas Strauss-Kahn atau mengheret calon Presiden Perancis itu ke muka pengadilan.
Dalam dokumen mahkamah sebanyak 17 muka surat itu, Nafissatou Diallo menyatakan dia mengalami serangan seksual 'yang sadis dan ganas' ketika mengemas suit mewah ahli politik berpengaruh itu di Hotel Manhattan Sofitel pada 14 Mei lalu.
Bagaimanapun, jumlah ganti rugi yang dituntut Diallo tidak dinyatakan secara terperinci sebaliknya hanya disebut sebagai 'pembayaran ganti rugi yang akan ditetapkan semasa perbicaraan termasuk kepentingan pengadilan awal' serta lain-lain ganti rugi yang tidak disebut dengan jelas.
Saman itu mendakwa berlaku 'serangan seksual, pergelutan fizikal, hukuman penjara palsu dan sengaja mengakibatkan tekanan emosi ke atas Diallo, yang diserang secara seksual semasa cuba melakukan tugasnya sebagai pekerja hotel'.
Dokumen saman itu mendakwa Strauss-Kahn 'secara sengaja, tanpa belas kasihan dan ganas telah menyerang pekerja hotel itu dan telah mencabul, menjejaskan serta menjatuhkan maruahnya sebagai wanita'.
Menurut dokumen mahkamah itu, kejadian tersebut telah mengakibatkan tekanan emosi dan mental yang tidak mungkin pulih.
Tuntutan saman itu juga menyaksikan Diallo memohon untuk mengadakan perbicaraan di Bronx, New York.
Peguam Strauss-Kahn, William Taylor dan Benjamin Brafman dalam reaksi mereka kepada tuntutan saman itu berkata, Diallo hanya mahukan wang ahli politik Perancis tersebut.
Mereka juga akan mencabar tuntutan saman itu. - AFP, utusan

No comments:
Post a Comment