PASIR PUTEH: Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Kelantan berjaya merampas bungkusan mengandungi pil kuda bernilai RM280,000 di dalam sebuah bas ekspres ketika mengadakan sekatan jalan raya di Bukit Yong di sini, hari ini.
Komander UPP Kelantan, Mazlan Che Hamid, berkata seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan kerana disyaki memiliki pil berkenaan dalam operasi bermula jam 8.30 malam hingga 2 pagi, membabitkan seorang pegawai dan 16 anggota.
"Pil-pil itu disimpan di dalam sebuah beg pakaian yang diletakkan di ruang simpanan barang di atas tempat duduk sebuah bas ekspres dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuantan," katanya ketika ditemui pemberita.
Dalam operasi sama, UPP juga berjaya merampas pelbagai barangan seperti mercun, bunga api dan pakaian berjenama tiruan bernilai kira-kira RM21,000.
Beliau berkata, operasi mencegah penyeludupan akan ditingkatkan menjelang sambutan Aidilfitri hujung bulan ini. - BERNAMA -bharian
No comments:
Post a Comment