KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Parti Islam Semalaysia (PAS) pusat menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sudah hilang kewibawaan dan tidak layak mengendalikan sistem pilihan raya di negara itu kerana terlalu banyak kepincangan.Ketuanya, Encik Nasrudin Hassan, dalam kenyataannya semalam berkata kepincangan dan kelemahan yang berlaku dalam sistem pengurusan pilihan raya telah menjejas nilai ketelusan dalam sesebuah negara demokrasi termasuk Malaysia.Menurutnya, pendedahan Pakatan Rakyat (PR) berhubung status penduduk tetap yang bertukar menjadi warga negara dalam tempoh yang singkat, selain turut diberikan hak mengundi, adalah satu lagi bukti kepincangan itu.'Bermula dengan pendedahan pegawai tentera yang mengaku memangkah atau mengundi bagi pihak undi pos, status pengundi yang pantas berubah daripda MyPR (pemastautin tetap) di waktu pagi kepada MyKad (warga negara) di sebelah petang pada hari yang sama.'Selain itu, senarai nama pemilih yang banyak bertindih, berdaftar pula pada satu alamat dengan puluhan atau ratusan pemilih, senarai pemilih yang tiada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi ada dalam daftar pemilih SPR.Ada juga senarai pemilih yang telah meninggal dunia sejak bertahun lamanya masih tersenarai dan yang terbaru, sebuah kampung bernama Kampung Baru disenaraikan sebagai pemilih dan banyak lagi,' katanya memberi contoh. -- Agensi.cyberita
No comments:
Post a Comment