SHAH ALAM: U Suresh, saksi pendakwaan dalam kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi keterangan palsu dalam prosiding perbicaraan kes itu pada Julai lalu.
Tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar.
Suresh, 27, pekerja ladang, didakwa memberi keterangan palsu dalam prosiding perbicaraan kes Pendakwa Raya lawan N.Pathmanabhan, T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Khatavarayan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir sedangkan keterangan yang dia berikan kepada pegawai perakam, ASP Ong Seng Keong pada 26 Okt 2010 di Penjara Sungai Udang, Melaka, adalah berbeza.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 9.30 pagi hingga 12 tengah hari pada 25 dan 27 Julai lalu di Mahkamah Tinggi 8, di sini. Suresh didakwa mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimul Azami Mohamad Nor yang mengendalikan pendakwaan berkata, isu jaminan tidak timbul memandangkan tertuduh sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan itu. Peguam Avtar Singh Dhaliwal yang mewakili Suresh bagaimanapun berkata Seksyen 193 Kanun Keseksaan ialah kesalahan yang boleh dijamin dan justeru anak guamnya berhak untuk diikat jamin. Beliau berkata tambahan pula, Mahkamah Rayuan menetapkan 24 Ogos ini untuk mendengar permohonan Suresh bagi kebenaran untuk merayu terhadap penambahan tempoh hukuman penjara yang sedang dijalaninya. Dia juga kini seorang saksi dalam kes pembunuhan Sosilawati dan perbicaraan itu sedang berjalan, oleh itu jaminan perlu diberikan," katanya. Nur Azimul berkata, walaupun Seksyen 193 adalah kesalahan yang boleh dijamin tetapi tertuduh didakwa sebelum ini bagi kesalahan melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan itu. Tetapi jika tertuduh dibenar diikat jamin, pohon jaminan yang tinggi iaitu RM100,000 kerana kesalahan tertuduh mendapati 22 percanggahan dalam keterangannya di mahkamah," katanya. Itu tidak ada kaitan dengan permohonan jaminan ini. Kalau permohonan anak guam saya di Mahkamah Rayuan dibenarkan, dia akan dihadapkan semula di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, untuk diambil pengakuan baru dan kami berpendapat jaminan RM5,000 ke RM10,000 adalah wajar," kata Dhaliwal yang turut dibantu peguam Devinder Kaur Dhaliwal. Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd. Ghani yang turut mewakili pendakwaan menjelaskan bahawa permohonan Suresh di Mahkamah Rayuan hanya untuk kebenaran merayu terhadap hukuman dan bukan pendengaran untuk peringanan hukuman. Nur Azimul pula menambah, tertuduh memberi keterangan pada perbicaraan kes pembunuhan keempat-empat mangsa dan keterangannya boleh memberi kesan besar pada kes itu.Setelah mendengar hujahan dari kedua-dua pihak, Mohamed Mokhzani membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM20,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 3 November depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA -bharian

No comments:
Post a Comment