Wednesday, August 8, 2012

Noryn Aziz pula berhijrah


Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir
KOTA BHARU: Artis jelita berlesung pipit, Noryn Aziz memeriahkan majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2012.
(Noryn dengan Datin Tuan Sabariah)
Majlis berkenaan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10, pagi semalam.

Noryn yang hadir bersama suami, Raja Datuk Kamarul Bahrin Ahmad Shah, menjadi tumpuan tetamu jemputan serta penerima sumbangan aidilfitri anjuran Badan Kebajikan Isteri Wakilrakyat dan kakitantan kerajaan Kelantan (Purnama).


Sebanyak RM20,000 peruntukkan dikeluarkan untuk membiayai sumbangan kepada 445 golongan dhaif, armalah, anak yatim di 45 Dun seluruh Kelantan.

Sumbangan berkenaan disampaikan Pengerusi Purnama yang juga isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan isteri-isteri wakil rakyat di peringkat Dun.

Hadir sama isteri Timbalan Menteri Besar, Datin Siti Zabidah Abdul Hamid, serta isteri-isteri anggota exco kerajaan negeri. 

Tuan Sabariah ketika berucap pada majlis itu menyeru golongan wanita khususnya memperbanyakkan amalan baik sepanjang Ramadhan ini.

Beliau turut mengingatkan mereka supaya tidak leka dengan urusan dunia seperti menyiapkan keperluan berbuka puasa atau hari raya sedangkan lupa tanggungjawab sebenar.

“Apa yang penting kita tidak berbelanja boros,”ujarnya.

Kagum dengan Tok Guru
Sementara itu, Noryn ketika ditemui selepas majlis itu melahirkan rasa terkejut kerana beliau diundang oleh isteri wakilrakyat dari Kelantan.

“Memang Noryn terkejut dan tak sangka, lepas tu tanya pendapat suami, Alhamdulillah dia setuju menerima jemputan ini.

“Lagipun Noryn memang kagum dengan Tok Guru Nik Aziz, antara salah satu sebab Noryn berhijrah kerana membaca buku agama tulisan Tok Guru, iaitu berkaitan hidayah,”ujarnya.

Terdahulu ketika berucap pada malis itu, beliau menyeru masyarakat di negara ini seluruhnya supaya mendoakan ‘penghijrahannya’.

“Noryn lakukan ini untuk kebaikan diri Noryn sendiri, suami dan keluarga,”ujarnya.
at 8/06/2012 10:15:00 PTG

No comments:

Post a Comment