Wednesday, August 8, 2012

Tokoh Perjuangan Kemerdekaan Ibrahim Yaacob





Ibrahim Yaakob adalah presiden dan pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan tokoh politik Melayu pertama yang menentang kerajaan penjajah British. Walaupun beliau merupakan tokoh pejuang di Tanah Melayu, tetapi rakyat Malaysia tidak terasa kehilangan beliau dan tidak mengetahui untung nasib tokoh hebat ini, tidak siapa yang peduli.

Persatuan Belia Melayu yang pada asalnya bercorak sosial berubah kepada motif politik. Selaras dengan perubahan tersebut, nama Persatuan Belia Melayu telah ditukar kepada Kesatuan Melayu Muda (KMM) atau turut dikenali sebagai Young Malay Union. 

Pada 1939 pada usia 28 tahun, beliau menubuhkan secara rasmi [Kesatuan Melayu Muda] yang kebanyakannya terdiri daripada golongan guru Melayu lepasan MPSI. Persatuan ini menjurus kepada persatuan pemuda Melayu yang berasaskan ‘pemuda-pemuda sedar’ atau ‘progresif’ yang dalam lingkungan usia lewat 20-an. 

Beliau sebagai pengasas menjadi Yang diPertua, Onan Haji Siraj sebagai Naib Yang Dipertua, Abdul Karim Rashid sebagai setiausaha, Haji Othman Abdullah sebagai bendahari, Hassan Manan, Ahmad Boestaman, Isa Muhamad, Ishak Haji Mohammed, Sultan Djenain dan lain-lain tokoh. 

Dr Burhanuddin Helmi menyertai KMM pada 1939. Dato Onn Jaafar yang akan mengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu menyertai KMM pada April 1942. Nama KMM diberikan oleh Sultan Djenain , seorang pelarian politik Parti Komunis Indonesia yang bertindak sebagai penaung KMM

No comments:

Post a Comment