Wednesday, August 8, 2012

Sasaran 10 juta saman trafik setahun

Tuesday, 7 August 2012


Laporan akhbar The Edge memetik, bahawa dua syarikat pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd mensasarkan jumlah sepuluh juta saman dikeluarkan setahun. Kutipan saman jalan raya akan dikongsikan antara kerajaan dengan dua syarikat itu. William Leong Bendahari Agung KEADILAN, mendedahkan perkara itu.
Tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) pada bulan Ogos ini dalam Ops Sikap sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dikecam oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Mengulas keputusan JPJ itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menyifatkan kerajaan cuba mengambil kesempatan ke atas rakyat yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.
“Saya pasti banyak saman akan dikeluarkan. Isunya adakah kadar kemalangan berjaya dikurangkan atau tidak,” katanya. Menurut Yusmadi, beliau sememangnya sangsi dengan sistem tersebut. Apatah lagi setelah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda pada sesi Parlimen lepas, menaikkan kadar saman trafik antara RM300 hingga RM2,000 bagi setiap kesalahan.-KD
Dicatat oleh begudol di Tuesday, August 07, 2012


 

No comments:

Post a Comment