Wednesday, August 8, 2012

Shahrizat Jalil Terdesak!



Monday, August 06, 2012

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mula mendengar kes saman bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil terhadap Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Perbicaraan yang bermula hari ini telah mendengar keterangan dari Shahrizat berhubung dakwaan kontroversi beliau dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Shahrizat dalam keterangannya sebagai saksi utama berkata beliau tidak mempunyai sebarang jawatan dalam NFC Holding dan tidak tahupun suaminya membida projek itu.

Hakim, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan pada 10 Ogos ini bagi sambungan perbicaraan setelah mendengar keterangan dari Shahrizat berhubungan dakwaan pembabitan beliau dalam skandal NFC.

Kes saman RM100 juta ini dikemukakan oleh Shahrizat berhubung penyelewengan projek kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang telah didedahkan oleh kedua-dua pemimpin dari PKR itu.

Sementara itu, Rafizi yang ditemui selepas perbicaraan menyatakan keterangan yang dilakukan oleh Shahrizat hari ini sudah dijangkakan dan tidak mengejutkan beliau.

"Kita telah nenjangkakan keterangan yang beliau berikan hari dan ia tidak mengejutkan kita.

"Kita tunggu pada Jumaat ini bagi memulakan soal balas dari pihak peguam berhubung keterangan yang dilakukan nanti," jelasnya.

Tambah Rafizi lagi, kenyataan yang diberikan oleh Shahrizat hari ini menunjukkan beliau dan Zuraida adalah pemilik kepada media di negara ini yang boleh mempengaruhi seluruh rakyat Malaysia.

"Gambaran yang diberikan olehnya menunjukkan kami berdua telah berjaya mempengaruhi rakyat di negara ini melalui sebaran media.

"Seolah-olah kami ini pemilik Utusan Malaysia ataupun TV3, begitu jauh andaian yang diberikan olehnya," sambungnya.

Dalam pada itu, Zuraida memberitahu keterangan Shahrizat hari ini lebih kepada latar belakang beliau bagi menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin yang baik.

"Penceritaan latar belakang yang kemas dan apa yang kita harapkan penceritaan yang kemas ini mempunyai keputusan sebaliknya," kata Zuraida.

Pihak defenden, Rafizi diwakili Peguam, Ranjit Singh manakala Zuraida pula diwakili oleh Razlan Hadri.

Shafee Abdullah pula bertindak sebagai peguam yang mewakili Shahrizat sebagai plantif.

Sebelum itu pada 19 Januari yang lalu Shahrizat telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendakwa, Zuraida dan Rafizi telah memfitnah dan memburuk-burukkan beliau berhubung projek NFC.

Namun pada 9 Mac pula, Rafizi dan Zuraida telah memfailkan saman balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung satu ucapan didakwa "berbau fitnah" yang diujarkan bekas menteri tersebut.

Sementara itu turut hadir memberi sokongan adalah Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution dan juga beberapa exco Kerajaan Negeri Selangor.

Kamar mahkamah hari ini dipenuhi dengan penyokong PKR yang turut hadir dalam memberi sokongan.


Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment