Tuesday, December 25, 2012

‘Doakan kami bahagia’


pix_gal0
 “Saya memohon maaf kepada keluarga Fazurina dan memohon mereka merestui perkahwinan ini dan mendoakan kebahagiaan kami,” kata Muhammad Hykal Zulkifli, 31, suami kepada pelakon, Siti Fazurina Mohd Famir, 30, yang mencetuskan kontroversi apabila dikatakan berkahwin lari, minggu lalu.

Muhammad Hykal yang juga seorang usahawan berkata, dia percaya Fazurina adalah insan terbaik untuk menjadi teman hidupnya selepas tertarik dengan kelembutan, kecantikan dan sikap pandai menjaga hati sejak berkenalan, dua tahun lalu.
“Walaupun perkahwinan ini menjadi isu, saya berharap segala kemelut dapat diselesaikan secara baik. Saya berharap hubungan Fazurina dengan ibu dan keluarganya akan kembali baik,” katanya pada sidang media menjawab kontroversi tercetus di Hotel Sri Malaysia, Bayan Baru, Georgetown, semalam.

Turut hadir pada sidang akhbar itu, bapa Muhammad Hykal, Zulkifli Abu Bakar, 67, dan ibunya, Pauzi Abd Hamid, 59. Hadir sama, ibu Fazurina, Zubaidah Abu Bakar, 60, abang tiri Fazurina, Shahzuri Shaharudin, 36, serta dua adik Fazurina, Mohd Fauzi Mohd Famir, 24, dan Mohd Firdaus Mohd Famir, 22.

Keputusan muktamad Fazurina atau lebih mesra disapa Rina turut memohon supaya isu perkahwinan itu tidak lagi diperbesarkan. Rina juga memohon ampun dan maaf atas segala apa yang berlaku.

Pelakon drama bersiri Trilogi Cinta itu mendakwa, isu kahwin lari tidak timbul kerana perkahwinan mereka adalah sah di sisi agama dengan berwalikan bapa saudaranya, Mohamad Fami Freedam Shah di Masjid Jamek Sungai Pinang, Jelutong, di sini, pada jam 3.40 petang, Khamis lalu.

Rina berkata, biarpun majlis pernikahannya tidak dihadiri keluarga termasuk ibu dan adik -beradik lain akibat masalah keluarga yang berlarutan sekian lama, ramai sanak saudara-mara hadir membuat persiapan dan membantu mereka.
Rina berkata, dia terkilan dan kecewa apabila perkahwinan mereka dikecam ramai pihak termasuk keluarganya sendiri.

“Sebelum ini, saya pernah menemui ibu untuk berbincang, selain memohon restu untuk berkahwin sebaliknya ditolak.

Hati saya cukup terguris dengan apa yang terjadi kerana sebagai anak, saya pasti berharap perkahwinan ini direstui keluarga.

“Sebagai anak, saya tahu ibu kecil hati apabila saya bertindak begini, tetapi saya tidak mempunyai pilihan. Inilah keputusan muktamad dan tidak mungkin akan ditarik balik. Kami kini sah suami isteri kerana cinta, kasih dan sayang hanyalah untuk Hykal,” katanya.

Selepas berakhirnya sidang akhbar itu, media sempat merakamkan aksi Rina yang menangis memeluk ibunya sambil memohon maaf. Bagaimanapun, media gagal mendapatkan kenyataan daripada Zubaidah yang segera meninggalkan majlis.

Resepsi di Pearl Island bulan depan Rina berkata, dia tidak pernah terlintas untuk mencetuskan kontroversi sejak menjadi anak seni 10 tahun lalu. Rina berpendapat, sudah tiba masanya untuk mendirikan rumah tangga dan Allah menemukan jodoh dengan Hykal sebagai suami dan pelindung buat dirinya.

Dia berharap masalah itu tidak berpanjangan, selain memohon maaf kepada semua pihak termasuk keluarga, peminat dan media kerana terpaksa merahsiakan perkahwinan itu.

“Saya berharap semua mendoakan kebahagiaan kami berdua. Insya-Allah, majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan di Pearl Island, Bayan Lepas pada 9 Februari depan,” katanya yang menerima mas kahwin sebanyak RM2,012 dan hantaran sebanyak RM30,000.

No comments:

Post a Comment