Tuesday, December 25, 2012

Referendum Mesir: Keputusan rasmi ditangguh

Mohammed Mursi
Mohammed Mursi

KAHERAH - Pengumuman keputusan rasmi referendum draf perlembagaan Mesir, yang dijadual untuk diumumkan semalam, tertangguh bagi membolehkan aduan-aduan yang dikemukakan disiasat.

Laporan media dari Mesir menyebut bahawa keputusan rasmi dijangka diketahui hari ini.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan 60 peratus pengundi menyokong draf perlembagaan yang dilihat berkontroversi itu.

Draf perlembagaan dibawa oleh Presiden Mohammed Morsi, yang dipilih menerusi pilihan raya bebas Jun lalu bagi menggantikan Hosni Mubarak, yang digulingkan awal tahun 2011.

Pembangkang mendakwa wujud penipuan dan penyelewengan dalam proses pengundian dan meminta suruhanjaya pilihan raya menyiasat aduan-aduan yang dikemukakan.

Draf perlembagaan itu jika diterima perlu dikuatkuasakan dalam tempoh dua bulan.

No comments:

Post a Comment