SEOUL: ‘Pertarungan orang bujang’, perhimpunan temu janji yang dianjurkan menerusi Facebook dan dijangka mendapat sambutan ramai semalam, gagal mencapai matlamat apabila ribuan lelaki muncul di tempat yang ditetapkan dan hanya segelintir wanita kelihatan.
Idea mengadakan acara itu tercetus bulan lalu selepas dua lelaki muda secara berseloroh mencadangkannya menerusi laman sosial berkenaan.
Lebih 36,000 pengguna Facebook bersetuju menghadirinya tetapi hanya 3,500, kebanyakannya lelaki berusia 20-an atau 30-an muncul.
Kebanyakan wanita yang hadir membawa teman lelaki masing-masing, hanya untuk melihat acara berkenaan.
“Kebanyakan yang datang adalah lelaki muda. Ramai yang meninggalkan tempat itu dalam masa yang singkat apabila semakin ramai lelaki memenuhi tempat berkenaan,” kata seorang anggota polis. - AFP

No comments:
Post a Comment