Tuesday, December 25, 2012

Israel tembak penduduk Palestin



BANDAR GAZA - Dua penduduk Palestin dilaporkan parah selepas terkena tembakan tentera Israel di tengah Semenanjung Gaza, semalam.

Menurut pegawai, Ashraf Al-Kidra, sepasukan askar rejim bertindak melepaskan tembakan ke arah mangsa di timur Deir Al-Balah.

"Setakat ini, identiti mangsa masih belum dipastikan," kata Kidra.

Terdahulu, pegawai memaklumkan kedua-dua mangsa terbunuh tetapi mengesahkan beberapa jam kemudian bahawa mangsa dalam keadaan parah.

Sementara itu, wakil ketenteraan Israel enggan mengulas serangan yang melibatkan perbuatan askarnya itu. - AP

No comments:

Post a Comment